Hits :  2971


Ajaran Bapak Bagindo Muchtar ( Ilmu Mengenal Diri ) Analisa Dari Sudut Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 7/2019M   yang telah bersidang pada 26 September 2019 bersamaan dengan 26 Muharram 1441H telah bersetuju dan memutuskan bahawa Ajaran Bapak Bagindo Muchtar (BBM) adalah dinyatakan sebagai ajaran yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana ;

a)   Ajaran BBM ini juga dikenali sebagai ilmu Mengenal Diri, istilah yang sinonim dengan ajaran “Kebatinan” atau “Batiniyyah”.

 

b)   Ajaran BBM mengandungi syubhat-syubhat yang kuat bagi fahaman Wujidiyyah Mulhidah, Hululiyyah dan Batiniyyah.

 

c)   Pengasasnya (Muchtar bin Uddin) tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang jelas dan mendakwa dirinya mendapat ilmu secara ghaib.

 

d)   Fahamannya jelas tidak bersumberkan daripada tafsiran Al-Quran atau syarahan hadis yang muktabar atau kalam Ulama’. Kebanyakkanya dihuraikan berdasarkan pendapatnya sendiri.

Meta Data