Hits :  17133


HUKUM PENENTUAN KADAR DUA MARHALAH, QARYAH DAN BALAD DARI PERSPEKTIF FIQH SEMASA

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 telah membincangkan mengenai Hukum Penentuan Kadar Dua Marhalah, Qaryah Dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa. Muzakarah berpendapat bahawa Hukum Penentuan Kadar Dua Marhalah, Qaryah dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa adalah seperti berikut :-

 

  1. Penyelarasan kadar dua (2) mar?alah adalah 81 km (taqribi).

 

  1. Persempadan dan penentuan qaryah dan balad adalah mengikut pilihan seperti berikut :
  1. Persempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta / Enakmen Negeri; atau
  2. Persempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); atau
  3. Persempadanan mengikut peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem i-PLAN; atau
  4. Persempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertical (seperti kondominium / rumah pangsa seumpamanya) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

 

  1. Bagi tujuan pembangunan aplikasi dan keperluan teknologi digital, ditetapkan nilai kadar dua (2) mar?alah adalah 81 km (taqribi) selaras dengan pandangan syarak dan ukuran semasa serta diharuskan menggunakan nilai 11 km (termasuk 81 km) dari titik mula musafir bagi persempadanan qaryah dan balad.

 

  1. Garis Panduan akan disediakan untuk rujukan pihak-pihak berkaitan.
Meta Data